PROFIL drsheikh
Nama: Sheikh Muszaphar Shukor
Umur: 36, Lelaki
Zodiac: Leo
Status: Offline
Salam perkenalan buat geng murai
Assalamualaikum…terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada murai kerana memberi peluang saya menjadi blogger di sini.
Saya berbangga kerana antara banyak personaliti, saya diberi peluang untuk berkongsi cerita saya di sini dan menjadi salah sorang anggota keluarga murai .
Tidak lupa juga kepada semua rakyat Malaysia yang banyak menyokong saya sehingga terpilih menjadi angkasawan pertama negara.
Bagi saya, murai.com.my merupakan portal hiburan yang penuh dengan informasi yang terkini.
Saya lihat, disini banyak memperkatakan tentang orang yang terlibat dalam industri seni tempatan.
Ia juga banyak update tentang artis popular tempatan. Saya juga selalu ikuti perkembangan terbaru artis di sini.
Sebelum terlupa, terima kasih juga kepada mereka yang mengelarkan saya sebagai selebriti.
Tetapi bagi saya, saya tak mahu meletakkan diri saya sebagai seorang selebriti.
Kerana saya rasa saya bukannya artis dan tak masih belum layak di gelar artis.
Tapi saya terima penggilan ini sebagai satu penghormatan.
Nampaknya sampai di sini dulu bicara saya dalam blog.
Jika berkesempatan, saya akan update tentang diri saya lagi.
Terima kasih. Wassalam....
Laporkan Entri Ini / Awam / Komen Diizinkan
Populariti
Berkongsi
Masukkan Komen Anda
Login untuk masukkan komen anda.


