PROFIL drsheikh
Nama: Sheikh Muszaphar Shukor
Umur: 37, Lelaki
Zodiac: Leo
Status: Offline
Ingin Membantu Anak Saudara
Ingin Membantu Anak Saudara
Buku My Journey To Space diterbitkan sempena mengenang jasa arwah adik saya Ajil yang menulis diari sepanjang perjalanan ke angkasa.
Sebenarnya, tujuan arwah menulis buku in adalah untuk memberi kejutan kepada saya.
Namun, ia memang kejutan bagi saya kerana tidak dapat berjumpanya lagi selepas pulang ke tanahair.
Apabila saya memijakkan kaki ke biliknya, perasan hiba dan terkejut yang amat sangat kerana melihat gambar saya tergantung sana-sini di sekeliling ruang bilik arwah.
Saya yang sebenarnya yang mengambil risiko tinggi ke angkasa tetapi dia yang meninggalkan saya tanpa ucap selamat tinggal. Walau bagaimanapun, saya terima ketentuan Illahi.
Sudah tiba masanya. Tuhan lebih menyayangi beliau. Sekali pun buku ini diterbitkan untuk berkongsi pengalaman, tujuan buku ini di pasaran sebagai derma ikhlas untuk 2 anak-anaknya agar ianya sedikit sebanyak membantu kewangan keluarga arwah.
Hasil jualan tersebut akan diberikan kepada keluarganya yang memerlukan bantuan. Jadi hulurkan bantuan dengan membeli buku ini di MPH book stores nationwide.
Terima kasih di atas sokongan.
Laporkan Entri Ini / Awam / Komen Diizinkan
Populariti
Berkongsi
Masukkan Komen Anda
Login untuk masukkan komen anda.


