Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

PROFIL drsheikh

Nama: Sheikh Muszaphar Shukor
Umur: 37, Lelaki
Zodiac: Leo
Status: Offline

Peminat Hargai Artis di Anugerah...

Alhamdulillah...

Yang sebenarnya, saya baru kembali dari Dubai. Tujuan saya ke sana adalah sebagai tetamu undangan Islamic fashion festival.

Saya tak sangka dan nampaknya fesyen di Dubai banyak berunsurkan keIslaman. Malah fesyen sebegini amat diterima masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Bintang Popular. Bagi saya, ABP adalah pilihan rakyat yang menyukai mereka.

Maka, sesipa yang telah berjaya perlu menunjukkan bahawa mereka diterima oleh orang ramai.

Walau bagaimanapun, bagi yang kurang bernasib baik dan tak berjaya saya berharap dapat berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Sebelum ini, saya memang ada terdengar orang membezakan populariti saya dengan Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza.

Secara jujur, saya tak pernah terlintas membandingkan diri saya bersama artis artis popular yang lain seperti Mawi atau Datuk Siti Nurhaliza.

Ini kerana, bagi saya setiap artis mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Malah, saya tidak meletakkan diri saya sebagai artis.

Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang angkasawan.

Ini adalah janji saya untuk negara tercinta.

Populariti

  • Currently 5 Stars.
5 (1 undi)

Berkongsi

Komen (2)

Masukkan Komen Anda

Login untuk masukkan komen anda.