PROFIL drsheikh
Nama: Sheikh Muszaphar Shukor
Umur: 37, Lelaki
Zodiac: Leo
Status: Offline
Gajah Boleh Terapung Di Angkasa!
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana banyak menyokong saya. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tak kira tentant diri saya atau yang berkaitan..boleh terus mesej saya dan Insya-Allah kalau berkesempatan saya akan menjawabnya di blog ini.
Oklah...ini jawapan bagi soalan mengenai manusia dan mikrograviti.
Manusia dicipta untuk tinggal di bumi. Maka, apabila berada di angkasa lepas pelbagai adaptasi yang harus dilakukan.
Melalui pengalaman, saya mengambil beberapa hari untuk mengadaptasikan diri dalam keadaan mikrograviti.
Keadaan di sana pasti membuatkan kita sentiasa terapung dan berterbangan. Bagi saya, ia satu pengalaman yang menyeronokkan.
Bagi yang pertama kali mesti agak kekok. Tapi cara untuk mengawal keadaan ketika terapung cukup mudah.
Anda hanya perlu menolak kaki ke dinding. Selepas itu anda akan meluncur dengan begitu pantas sekali.
Sukar untuk mendapat pengalaman sebegini. Apatah lagi ketika waktu tidur pun, saya tidur dalam keadaan terapung. Memang menarik dan unik.
Ia juga sungguh menakjubkan kerana kita sentiasa berpusing-pusing di udara.
Apa yang pasti, di angkasa lepas sudah tentu tidak ada graviti di ISS. Jangan risau, berat badan tak memainkan peranan sangat.
Gajah juga akan terapung sekiranya berada di dalam keadaan mikrograviti.
Laporkan Entri Ini / Awam / Komen Diizinkan
Populariti
Berkongsi
Masukkan Komen Anda
Login untuk masukkan komen anda.

