PROFIL drsheikh
Assalamualaikum GengMurai, maaf kerana lambat membalas pertanyaan anda semua. Sekarang ini jadual saya sangat sibuk. Walau bagaimanapun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua geng murai yang sudi meninggalkan komen dan menghantar pertanyaan. Insya-Allah, jika saya tahu jawapan itu, saya akan menjawabnya.
Jawapan dari soalan berikut:
1. Bolehkah serangga seperti semut terapung?
Semua benda
akan terapung dalam keadaan mikrograviti termasuk
serangga seperti semut dan apa jua.
2. Mengapa negara barat seperti US lebih dahulu menjelajah angkasa?
Russia dan Amerika adalah negara pertama
menjelajahi angkasa lepas
sejak tahun 1961 lagi. Ini kerana mereka sedar akan manfaat yang dapat
diperolehi.
Mereka juga mempunyai teknologi serta kepakaran yang tinggi. Kini negara asia
seperti
China dan India cuba melibatkan diri dalam
perlumbaan ke angkasa lepas.
3. Bolehkah jisim individu berkurangan di angkasa apabila sampai ke bumi?
Berat =
jisim x graviti. Oleh itu, jika di angkasa berat tidak memainkan peranan .
Hanya jisim saja.
4. Benarkah ada mitos tentang kehidupan lain selain dari bumi?
Tujuan
utama menjelajahi angkasa lepas adalah untuk mengetahui adakah kehidupan lain
selain daripada manusia. Kini Marikh menunjukkan terdapatnya bekalan air dan
lazimnya di mana ada air disitulah terdapat hidupan seperti bakteria dan
sebagainya.
5. Kalau ada orang terlepas pernafasan oksigen…boleh mengakibatkan mati? Mayat boleh reput di angkasa?
Mayat tidak
reput di angkasa kerana tidak ada bakteria di angkasa lepas. Keadaan di sana dipenuhi vakum.
6. Jika badan dari angkasa jatuh ke bumi boleh meletup ke?
Apa sahaja
objek yang melalui atmosfera akan terbakar ataupun disintegrasi dengan
tersendiri.
7. Sudah pastikah tentang kewujudan planet terbaru di angkasa?
Masih banyak lagi kajian yang dilakukan untuk mencari planet-planet yang lain. Terbaru pluto sudah tidak diiktiraf sebagai planet kerana terlalu kecil saiznya malah dianggap bulan untuk planet yang terdekat.Alhamdulillah...
Yang sebenarnya, saya baru kembali dari Dubai. Tujuan saya ke sana adalah sebagai tetamu undangan Islamic fashion festival.
Saya tak sangka dan nampaknya fesyen di Dubai banyak berunsurkan keIslaman. Malah fesyen sebegini amat diterima masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Bintang Popular. Bagi saya, ABP adalah pilihan rakyat yang menyukai mereka.
Maka, sesipa yang telah berjaya perlu menunjukkan bahawa mereka diterima oleh orang ramai.
Walau
bagaimanapun, bagi yang kurang bernasib baik dan tak berjaya saya berharap
dapat berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan pada masa akan
datang.
Sebelum ini, saya memang ada terdengar orang membezakan populariti saya dengan Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza.
Secara jujur, saya tak pernah terlintas membandingkan diri saya bersama artis artis popular yang lain seperti Mawi atau Datuk Siti Nurhaliza.
Ini kerana, bagi saya setiap artis mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Malah, saya tidak meletakkan diri saya sebagai artis.
Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang angkasawan.
Ini adalah janji saya untuk negara tercinta.
Assalamualaikum..Tak sangka ye, dalam dia tak diam kita dah masuk ke bulan April. Terima Kasih kepada semua pelawat murai.com.my kerana sudi membaca blog saya. Memandangkan saya mendapat soalan daripada seorang pelajar Universiti Malaya, jadi saya pun mahu menjawabnya.
Insya-Allah, dalam diari saya tercatat nama Univerisiti Malaya. Malah, UM merupakan destinasi yang bakal saya lawati. Namun, ini semua masih dalam perancangan.
Cuma ketika ini masa tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun, saya berminat untuk melihat makmal angkasa di sana.
Selain itu, saya juga mahu melihat sejauh mana perkembangan Makmal tersebut berikutan UM adalah salah satu universiti yang terbaik di Malaysia.
Jadi, saya berharap UM boleh teruskan perjuangan untuk membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
Wassalamulaikum...
Semakin hari semakin banyak program yang berkonsepkan realiti. Ibarat durian runtuh. Mengikut pandangan saya, program realiti kini sudah mendapat tempat di hati penonton.
Ramai yang begitu tertarik kerana ia menonjolkan sikap sebenar seseorang individu dan merapatkan lagi jurang di antara peserta dan penonton. Penonton boleh kenal dengan lebih rapat sekali.
Sungguh pun demikian, di sebalik program sebegini, saya rasa sedih apabila penonton memilih rupa dari bakat. Mengapa situasi ini berlaku?
Ramai berpendapat orang Malaysia masing-masing mahukan yang ada pakej yang cukup.
Namun, bagi saya, walaupun rupa amat penting dalam zaman kini, bakat individu tidak harus diketepikan. Apatah lagi dalam bidang seni suara.
Bagi saya, faktor utama menjadi penyanyi adalah bakat. Bkat sememanangnya menjadi kriteria terpenting untuk memilih juara program realiti seperti program Akademi Fantasia.
Selepas ada bakat barulah faktor lain dinilai. Jadi, sekiranya memiliki rupa dan bakat , itulah yang terbaik.
Setiap insan pasti inginkan kejayaan dalam hidup. Setiap kejayaan perlu diserapkan nila-nilai murni yang mempunyai kesungguhan.
Bagi saya dengan sekadar impian tidak mencukupi. Jadi, bagi sesiapa saja yang inginkan kejayaan, anda haruslah tanamkan sikap rajin berusaha dengan gigih dan jangan sekali mengaku kalah.
Walaubagaimanapun, jika anda menemui jalan kegagalan tidak bermakna anda tak boleh berjaya. Ingat! Jika gagal sekali tetapi harus terus berusaha.
Kaji dan pelajari dari kesilapan sebelum ini. Akhir sekali, jangan sesekali sangsi atas kemampuan diri sendiri. Percayalah diri sendiri.
Insya-Allah impian kejayaan mampu menjadi kenyataan.
Wassalamulaikum....


Murai Quick Links