Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

PROFIL drsheikh

Nama: Sheikh Muszaphar Shukor
Umur: 37, Lelaki
Zodiac: Leo
Status: Offline

Blog drsheikh

Assalamualaikum..terima kasih di atas repon baik kepada blog saya. Terima kasih juga kepada yang sudi berkongsi cerita dan pendapat. Bagi mereka yang ingin membeli buku tersebut, anda boleh pergi ke kedai buku di mana-mana shoping kompleks seperti MPH Book Store, Times, Kinokuniya, Borders dan Popular. Untuk pengetahuan semua, buku tersebut akan di lancarkan pada 28 Mac 2008 oleh Timbalan Perdana Menteri. Saya harap buku ini memberikan sumber inspirasi kepada mereka yang membacanya. Sebelum terlupa, gambar terbaru yang saya upload ini merupakan gambar ketika saya di pilih menjadi rakyat Malaysia pertama terbang menggunakannya. Ketika itu saya sedang lompat turun dari Read Arrow British team di Lima Aeroshow. Saya dapat menerbangkan kapal tersebut selama lebih kurang 5 minit selepas persembahan akrobatik. Nampaknya saya terpaksa mengundur diri seketika. Kita jumpa lagi. Terima Kasih.


Assalamualaikum...

Sebelum terlupa, bagi sesiapa yang mahu kenali saya dengan lebih dekat lagi. Jangan lupe dapat buku saya di pasaran. Ia baru saja seminggu di pasaran.

Mengenai buku ini, ideanya bangkit dari arwah adik saya. Ketika saya pulang dari angkasa..saya begitu terkejut dan sedih mendengar berita ini.

Tapi..saya redha...setiap insan pasti kembali ke Maha Esa..Saya bertambah pilu apabila saya ke bilik arwah..

Selepas saya ke biliknya, saya dapati bilik itu penuh dengan gambar dan artikel saya dari mula saya hadiri temuduga angkasawan sehinggalah saya berjaya jadi angkasawan..

Disinilah timbul buku ini..Saya harap kepada semua pembaca buku ini akan dapat pengajaran kerana saya sendiri pun dapat pelajari benda baru..

Terima kasih kerana terus menyokong.

Wassalam..

Assalamualaikum...

Bertemu kembali dalam blog saya. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang selalu melawat blog saya. Terima kasih juga kerana sudi memberikan komen dan menghantarkan mesej.

Insya-Allah saya akan menjawab segala pertanyaan semua.

Lebih kurang 2 minggu sebelum pilihan raya yang lalu, saya agak sibuk kerana saya terpaksa ulang-alik dari Malaysia ke Russia. Sudah tentulah saya ke sana berkenaan kajian saya dengan dunia angkasa. Saya mula berada di sana pada 31 Januari 2008 hinggalah 25 Februari yang lalu.

Sebaik saja pulang dari Russia, diari saya semakin sibuk dengan berkempen. Seronok juga berkempen. Melalui pengalaman itu, terbit pula minat untuk menceburi bidang politik.

Mungkin ramai berpendapat politik ini tak bagus. Tapi bukan semuanya. Bagi saya, politik itu keperluan dalam kehidupan.

Semasa berkempen, saya dapati banyak nila-nilai murni dapat diserapkan. Di sinilah timbul perasaan sayang kepada rakyat. Dari perasaan ini barulah wujud semangat pembangunan.

Minat memang minat politik, namun ia bukan bermakna sekarang saya akan terus jadi orang politik. Masih terlalu awal untuk saya terus masuk dalam bidang ini. Banyak perkara yang perlu saya belajar.

Yang penting jika minat sesuatu tu janganlah terlalu gelojoh. Kita semua perlu berfikir masak-masak dan kaji pucuk pangkalnya dulu. Jangan menyesal di kemudian hari.

Akhir sekali, saya ucapkan tahniah pada semua pemimpin baru yang berjaya menyertai bahtera kerajaan terbaru. Tahniah!

Wassalamualaikum...

Assalamualaikum…terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada murai kerana memberi peluang saya menjadi blogger di sini. Saya berbangga kerana antara banyak personaliti, saya diberi peluang untuk berkongsi cerita saya di sini dan menjadi salah sorang anggota keluarga murai . Tidak lupa juga kepada semua rakyat Malaysia yang banyak menyokong saya sehingga terpilih menjadi angkasawan pertama negara. Bagi saya, murai.com.my merupakan portal hiburan yang penuh dengan informasi yang terkini. Saya lihat, disini banyak memperkatakan tentang orang yang terlibat dalam industri seni tempatan. Ia juga banyak update tentang artis popular tempatan. Saya juga selalu ikuti perkembangan terbaru artis di sini. Sebelum terlupa, terima kasih juga kepada mereka yang mengelarkan saya sebagai selebriti. Tetapi bagi saya, saya tak mahu meletakkan diri saya sebagai seorang selebriti. Kerana saya rasa saya bukannya artis dan tak masih belum layak di gelar artis. Tapi saya terima penggilan ini sebagai satu penghormatan. Nampaknya sampai di sini dulu bicara saya dalam blog. Jika berkesempatan, saya akan update tentang diri saya lagi. Terima kasih. Wassalam....